Ketika sedang menderita akibat kanser , pemain tennis terkenal , Arthur Ashe menerima ribuan pucuk surat daripada sahabat handai dan para peminatnya di seluruh dunia . Salah seorang pengirim itu dalam suratnya mengeluh , dan sekali gus bertanya kepada Arthur Ashe , “ Mengapakah Tuhan telah memilih kamu untuk menderita penyakit maut ini ?  Kepada pertanyaan itu Arthur Ashe menjawab < “ Daripada lima billion kanak-kanak yang bermain tennis , hanya 5 juta sahaja yang belajar bermain dengan baik . Daripada 5 juta kanak-kanak tadi , Cuma 0.5 juta sahja yang belajar untuk bermain tennis secara professional , 50 ribu menyertai pertandingan secara serius , 5 ribu terpilih menyertai grand slam , 50 orang terpilih menyertai kejohanan Wimbledon , 4 orang sampai ke separuh akhir , 2 sampai ke final . Ketika saya menjulang Piala Wimbledon , tidak pernah saya bertanya , “Tuhan, kenapa aku yang Engkau pilih ?   Kegembiraan membuatkan hidup anda menjadi indah manakala ujian yang dating membuatkan anda menjadi kuat . Tapi Tuhan memberikan segala-galanya.  ( Sumber : Mastika Februari 2007 )    Suatu malam 3 orang pengembara memacu kuda merentasi padang pasir . Ketka melintasi sebatang sungai yang kering kontang , para pengembara itu terdengar satu suara mengarahkan mereka berhenti . Mereka patuh kepada arahan itu . Suara itu kemudiannya menyuruh mereka turun dari kuda dan mengutip batu-batu yang terdapat di dasar sungai . Ketiga-tiga pengembara mengagau di dalam gelap mengutip batu-batu kerikil dan kemudiannya memasukkannya ke dalam poket . Suara misteri itu seterusnya berkata , “ Kamu telah ikut arahan aku . Esok kamu akan berasa gembira dan juga sesal . Sekarang tinggalkan tempat ini.   Ketiga-tiga pengembara memacu kuda mereka hingga ke hujung padang pasir . Apabila matahari memancar keesokannya , pengembara-pengembara itu menyeluk poket masing-masing . Alangkah terkejutnya mereka , batu-batu yang mereka kutip malam tadi telah berubah menjadi batu permata !Seketika itu juga mereka teringat kepada amaran yang telah dikeluarkan oleh suara tersebut , “ kamu akan gembira dan kesal ” . Betul , mereka gembira kerana mendapat batu permata tapi kesal kerana tidak mengambil lebih banyak lagi . Begitulah manusia , mereka memang tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki .   ( Sumber : Mastika : Julai 2006 )